Saturday, 3 November 2012

PROGRAM SANTAI SENI 2012/2013 APMUM

Pada 31 0ktober iaitu pada hari khamis yang lalu pelajar - pelajar di Jabatan Kesenian Melayu telah mengadakan sebuah Program iaitu Santai Seni 2012/2013 APMUM. Program ini adalah anjuran pelajar di jabatan itu sendiri yang mana terdiri daripada pelajar tahun 1, 2  dan 3. Program Santai Seni ini adalah program turun temurun di APMUM. Dikatakan pelajar - pelajar di Jabatan Kesenian Melayu itu sendiri telah merangka semua yang akan dijalankan dan ianya juga telah mendapat tunjuk ajar daripada tenaga pengajar yang mahir. Program itu akan berlangsung selama 6 minggu dan akan diadakan setiap hari khamis pada pukul 1 petang dan antara persembahan yang akan dipersembahkan pada program itu antaranya ialah sketsa, nazam, nasyid, nyanyian irama Melayu dan pelbagai persembahan yang menarik lagi bertempat di Foyer Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Pada hari khamis tersebut di bawah Program Santai Seni tersebut sebuah sketsa telah dipersembahkan pada khalayak umum iaitu sketsa yang bertajuk Mat Tuah karya pelajar Kesenian Melayu iaitu saudara Zulfarizal Zulkarnaim. Al-kisah nya adalah berkisarkan tentang perihal Mat Tuah yang lembab dan bebal namum demikian masih lagi berkhidmat sebagai pengasuh kepada raja dan menjadi sahabat baik kepada anakanda raja iaitu Puteri Roslinda. Pelbagai konflik telah berlaku antaranya difitnah oleh dua orang pengawal yang iri hati terhadapnya. Perleraian cerita itu tamat apabila Mat Tuah hampir dijatuhkan hukuman bunuh namun kebenaran akhirnya terbongkar. Raja telah menyesal dan memohon maaf kepada Mat Tuah dan melantik Mat Tuah sebagai penasihat raja.


_ Barisan pelakon sketsa Mat Tuah _


Sketsa yang dipersembahkan amat menarik namun apa yang dapat diperhatikan jumlah audiens/penonton adalah tidak seberapa. Hal sedemikian mungkin disebabkan oleh pertembungan kelas tutorial atau kurangnya sifat ' support ' diantara pelajar pelajar APMUM itu sendiri. Pelajar-pelajar yang hadir menyaksikan persembahan tersebut bagaimanapun sangat berpuas hati dengan persembahan  itu dan terhibur dengan persembahan tersebut. Turut sama menyaksikan persembahan tersebut ialah perwakilan pelajar daripada APMUM iaitu saudara Abdul Muqit Mohamad. Berikut adalah ulasan beliau tentang program tersebut.


_ Harap maaf audio dan video kurang memuaskan _

Program Santai Seni itu dilihat banyak memberi kebaikan kepada pelajar di APMUM khasnya pada Jabatan Kesenian Melayu sendiri. Program itu bukan sahaja terbuka kepada pelajar di Jabatan Kesenian Melayu namun terbuka juga kepada semua pelajar di APMUM. Selain daripada dapat mengasah bakat yang terpendam ia juga dapat memberikan soft skill kepada pelajar. Melalui kemahiran yang diperolehi mudah mudahan akan dapat memberi impak yang besar lagi dalam kehidupan mahasiswa/i Universiti Malaya.


Pelajar tahun pertama iaitu Roselind Siti ketika ditemui menyatakan dirinya tidak pernah terlibat mahupun melakonkan sebarang watak dalam apa-apa jua persembahan namun kali ini dia diberi peluang untuk memegang watak Puteri Roslinda dan merasakan ianya adalah peluang bagi diri nya untuk menunjukkan bakat serta merasai sendiri pengalaman berlakon. Dia juga merasakan melalui program itu dirinya kini berasa lagi yakin dan seronok untuk menyertai sebarang persembahan yang akan dipersembahkan.

Jabatan Kesenian Melayu sekali lagi terus mengorak langkah kehadapan dengan terus bekarya serta mempamerkan hasil karya mereka. Pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar - pelajar di jabatan itu terus dipraktikkan  walaupun hanya berbekalkan tenaga, wang, dan sokongan moral daripada mereka sendiri. Usaha demi usaha yang dilakukan oleh mereka diharapkan akan membuahkan hasil bagi menarik ramai lagi penonton dan agar dapat mengetengahkan lagi Kesenian Melayu itu sendiri.