Pada 14/10 yang lalu pelajar-pelajar Jabatan Kesenian Melayu telah mengadakan hari interaksi jabatan mereka dimana telah melibatkan pelajar tahun 1, 2 dan 3 dan dianggarkan hampir 36 orang pelajar telah menghadirkan diri. Program ini bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada 1 petang. Program interaksi ini adalah hasil gabungan kerjasama diantara pelajar tahun 2 dan 3. Ianya telah diadakan di bersebelahan dengan Tasik Varsiti Universiti Malaya.
Hari interaksi tersebut telah dimulakan dengan senaman pagi dan kemudiannya disambung pula dengan sesi pengenalan diri. Sesi pengenalan diri yang dibuat adalah unik dimana pelajar dikehendaki mengingati nama setiap kesemua pelajar yang lain. Ianya ternyata unik dan menyeronokkan disamping dapat mengingati nama pelajar yang lain tidak kira senior mahupun junior.
Kemudian hari interaksi tersebut diteruskan lagi dengan permainan selipar roket. Permainan ini sangat menyeronokkan. Di mata orang lain mungkin permainan ini adalah kolot dan tidak dimainkan lagi namun terpapar diwajah mereka keseronokkan berganda daripada bermain ps3. Kemudiannya ianya diteruskan lagi dengan permainan keganjilan rasa, cari harta dalam tepung dan seterusnya pula ialah sesi persembahan dimana didalam persembahan itu haruslah mempunyai lakonan, nyanyian, dan tarian. Pelbagai gelagat telah ditunjukkan oleh mereka semua. Perasaan riang dan tawa telah merwarnai Tasik Varsiti tersebut.
Menurut pengarah Hari Interaksi Jabatan Kesenian Melayu Akademi Pengajian Melayu 2012/2013 iaitu saudara Zaki menyatakan program tersebuat telah menepati objektifnya kerana kelihatan pelajar baru jabatan itu tidak kekok dengan pelajar tahun 2 dan 3 dimana mereka bergaul mesra dan bergurau senda tanpa mengira perbezaan tahun pun. Beliau juga sangat berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap pelajar jabatan itu dan berterima kasih kepda semua yang menjayakan program tersebut.
Seorang lagi wakil dari tahun 2 iaitu saudari Nur Kartini menyatakan dia amat berpuas hati dengan hari interaksi jabatan pada kali ini dan berharap pada masa akan datang ianya akan lebih hebat lagi. Menurutnya lagi mereka berasa sangat gembira disamping mencapai tujuan utama iaitu mengenali antara satu sama lain.
Wakil daripada tahun 1 iaitu saudara yazmin menyifatkan Hari interaksi yang diadakan ini adalah terbaik dan walaupun tidak semua pelajar yang menghadiri nya atas faktor2 yang lain namun ianya tetap meriah dan menyatakan senior-senior yang ada juga adalah terbaik. Pelajar pelajar tahun 1 juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Program Hari Interaksi Jabatan Kesenian Melayu 2012/2013 telah menampakkan kejayaan dan mencapai matlamat dan pelajar di jabatan itu tidak sabar menunggu Hari Interaksi Akademi Pengajian Melayu pula. Mereka berharap agar Hari Interaksi APMUM akan lagi meriah dan menarik dan mereka bersedia menyemarakkan lagi hari interksi tersebut. Disamping itu mereka bersedia menawan dan akan sentiasa memeriahkan program di APMUM kerana mereka berpegang kepada slogan THIS IS KESENIAN TERITORY walaupun di mana jua mereka berada.
- ALWAYS KESENIAN MELAYU -
No comments:
Post a Comment