PENGENALAN BLOG MAHASISWA_APMUM
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat illahi kerana akhirnya siap juga blog ini walaupun masih terdapat cacat dan celanya dari segi design dan pengisiannya. Penulis adalah bukan pandai sangat dalam berblog ni namun sudah tiba masanya untuk penulis mempunyai blog. Penulis ingin memohon kemaafan andainya isi blog ini mahupun yang berkaitan dengan blog ini membuat anda tidak selesa + menyampah pula.
Tertubuhnya blog ini adalah hasil cetusan idea penulis sendiri ketika sedang berfikir tentang tempat pengajian penulis iaitu di Akademi Pengajian Melayu Universiti Melayu (APMUM) dan dari situ la timbul idea ini. Penulis merasa perlu ada satu medium untuk menyampaikan sesuatu program, aktiviti mahupun isu-isu semasa berkaitan pelajar pelajar APMUM, maka dengan itu tertubuhnya blog MAHASISWA_APMUM.
Disini penulis ingin menceritakan serba sedikit tentang akademi pengajian penulis iaitu tidak lain dan tidak bukan Akademi Pengajian Melayu Universiti Melayu (APMUM). Seperti yang kita sedia maklum bahawa APMUM mempunyai 4 jabatan yang terdiri daripada Jabatan Bahasa Melayu, Jabatan Linguistik Melayu, Jabatan Sosio-Budaya/Kesenian Melayu dan juga Jabatan Kesusasteraan Melayu. Berikut merupakan visi dan misi utama Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.
|
Keterangan lanjut tentang APMUM bolehla ke link ini http://apm.um.edu.my
Tesergam indah di atas bukit berhampiran kolej kediaman 3, 4 dan 7 disitulah dimana telah lahirnya cukup ramai pemimpin yang berkaliber dan seterusnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa APMUM adalah tempat ramai ilmuan dilahirkan.
Berbalik pada blog ini, penulis berharap ianya akan dapat memberi faedah serta berguna kepada mahasiswa APMUM serta dimana jua.penulis juga berharap agar blog ini akan menjadi wardah penyampaian aktiviti, program, isu isu semasa di APMUM. Sekian sahaja pengenalan dari penulis.
Assalamualaikum.....
No comments:
Post a Comment