Saturday, 3 November 2012

PROGRAM SANTAI SENI 2012/2013 APMUM

Pada 31 0ktober iaitu pada hari khamis yang lalu pelajar - pelajar di Jabatan Kesenian Melayu telah mengadakan sebuah Program iaitu Santai Seni 2012/2013 APMUM. Program ini adalah anjuran pelajar di jabatan itu sendiri yang mana terdiri daripada pelajar tahun 1, 2  dan 3. Program Santai Seni ini adalah program turun temurun di APMUM. Dikatakan pelajar - pelajar di Jabatan Kesenian Melayu itu sendiri telah merangka semua yang akan dijalankan dan ianya juga telah mendapat tunjuk ajar daripada tenaga pengajar yang mahir. Program itu akan berlangsung selama 6 minggu dan akan diadakan setiap hari khamis pada pukul 1 petang dan antara persembahan yang akan dipersembahkan pada program itu antaranya ialah sketsa, nazam, nasyid, nyanyian irama Melayu dan pelbagai persembahan yang menarik lagi bertempat di Foyer Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Pada hari khamis tersebut di bawah Program Santai Seni tersebut sebuah sketsa telah dipersembahkan pada khalayak umum iaitu sketsa yang bertajuk Mat Tuah karya pelajar Kesenian Melayu iaitu saudara Zulfarizal Zulkarnaim. Al-kisah nya adalah berkisarkan tentang perihal Mat Tuah yang lembab dan bebal namum demikian masih lagi berkhidmat sebagai pengasuh kepada raja dan menjadi sahabat baik kepada anakanda raja iaitu Puteri Roslinda. Pelbagai konflik telah berlaku antaranya difitnah oleh dua orang pengawal yang iri hati terhadapnya. Perleraian cerita itu tamat apabila Mat Tuah hampir dijatuhkan hukuman bunuh namun kebenaran akhirnya terbongkar. Raja telah menyesal dan memohon maaf kepada Mat Tuah dan melantik Mat Tuah sebagai penasihat raja.


_ Barisan pelakon sketsa Mat Tuah _


Sketsa yang dipersembahkan amat menarik namun apa yang dapat diperhatikan jumlah audiens/penonton adalah tidak seberapa. Hal sedemikian mungkin disebabkan oleh pertembungan kelas tutorial atau kurangnya sifat ' support ' diantara pelajar pelajar APMUM itu sendiri. Pelajar-pelajar yang hadir menyaksikan persembahan tersebut bagaimanapun sangat berpuas hati dengan persembahan  itu dan terhibur dengan persembahan tersebut. Turut sama menyaksikan persembahan tersebut ialah perwakilan pelajar daripada APMUM iaitu saudara Abdul Muqit Mohamad. Berikut adalah ulasan beliau tentang program tersebut.


_ Harap maaf audio dan video kurang memuaskan _

Program Santai Seni itu dilihat banyak memberi kebaikan kepada pelajar di APMUM khasnya pada Jabatan Kesenian Melayu sendiri. Program itu bukan sahaja terbuka kepada pelajar di Jabatan Kesenian Melayu namun terbuka juga kepada semua pelajar di APMUM. Selain daripada dapat mengasah bakat yang terpendam ia juga dapat memberikan soft skill kepada pelajar. Melalui kemahiran yang diperolehi mudah mudahan akan dapat memberi impak yang besar lagi dalam kehidupan mahasiswa/i Universiti Malaya.


Pelajar tahun pertama iaitu Roselind Siti ketika ditemui menyatakan dirinya tidak pernah terlibat mahupun melakonkan sebarang watak dalam apa-apa jua persembahan namun kali ini dia diberi peluang untuk memegang watak Puteri Roslinda dan merasakan ianya adalah peluang bagi diri nya untuk menunjukkan bakat serta merasai sendiri pengalaman berlakon. Dia juga merasakan melalui program itu dirinya kini berasa lagi yakin dan seronok untuk menyertai sebarang persembahan yang akan dipersembahkan.

Jabatan Kesenian Melayu sekali lagi terus mengorak langkah kehadapan dengan terus bekarya serta mempamerkan hasil karya mereka. Pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar - pelajar di jabatan itu terus dipraktikkan  walaupun hanya berbekalkan tenaga, wang, dan sokongan moral daripada mereka sendiri. Usaha demi usaha yang dilakukan oleh mereka diharapkan akan membuahkan hasil bagi menarik ramai lagi penonton dan agar dapat mengetengahkan lagi Kesenian Melayu itu sendiri.
 





Sunday, 21 October 2012

HARI INTERAKSI JABATAN KESENIAN MELAYU AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA 2012/2013

Pada 14/10 yang lalu pelajar-pelajar Jabatan Kesenian Melayu telah mengadakan hari interaksi jabatan mereka dimana telah melibatkan pelajar tahun 1, 2 dan 3 dan dianggarkan hampir 36 orang pelajar telah menghadirkan diri. Program ini bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada 1 petang. Program interaksi ini adalah hasil gabungan kerjasama diantara pelajar tahun 2 dan 3. Ianya telah diadakan di bersebelahan dengan Tasik Varsiti Universiti Malaya.

Hari interaksi tersebut telah dimulakan dengan senaman pagi dan kemudiannya disambung pula dengan sesi pengenalan diri. Sesi pengenalan diri yang dibuat adalah unik dimana pelajar dikehendaki mengingati nama setiap kesemua pelajar yang lain. Ianya ternyata unik dan menyeronokkan disamping dapat mengingati nama pelajar yang lain tidak kira senior mahupun junior.


Kemudian hari interaksi tersebut diteruskan lagi dengan permainan selipar roket. Permainan ini sangat menyeronokkan. Di mata orang lain mungkin permainan ini adalah kolot dan tidak dimainkan lagi namun terpapar diwajah mereka keseronokkan berganda daripada bermain ps3. Kemudiannya ianya diteruskan lagi dengan permainan keganjilan rasacari harta dalam tepung dan seterusnya pula ialah sesi persembahan dimana didalam persembahan itu haruslah mempunyai lakonan, nyanyian, dan tarian. Pelbagai gelagat telah ditunjukkan oleh mereka semua. Perasaan riang dan tawa telah merwarnai Tasik Varsiti tersebut.







Menurut pengarah Hari Interaksi Jabatan Kesenian Melayu Akademi Pengajian Melayu 2012/2013 iaitu saudara Zaki menyatakan program tersebuat telah menepati objektifnya kerana kelihatan pelajar baru jabatan itu tidak kekok dengan pelajar tahun 2 dan 3 dimana mereka bergaul mesra dan bergurau senda tanpa mengira perbezaan tahun pun. Beliau juga sangat berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap pelajar jabatan itu dan berterima kasih kepda semua yang menjayakan program tersebut.


Seorang lagi wakil dari tahun 2 iaitu saudari Nur Kartini menyatakan dia amat berpuas hati dengan hari interaksi jabatan pada kali ini dan berharap pada masa akan datang ianya akan lebih hebat lagi. Menurutnya lagi mereka berasa sangat gembira disamping mencapai tujuan utama iaitu mengenali antara satu sama lain.



Wakil daripada tahun 1 iaitu saudara yazmin menyifatkan Hari interaksi yang diadakan ini adalah terbaik dan walaupun tidak semua pelajar yang menghadiri nya atas faktor2 yang lain namun ianya tetap meriah dan menyatakan senior-senior yang ada juga adalah terbaik. Pelajar pelajar tahun 1 juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.




Program Hari Interaksi Jabatan Kesenian Melayu 2012/2013 telah menampakkan kejayaan dan mencapai matlamat dan pelajar di jabatan itu tidak sabar menunggu Hari Interaksi Akademi Pengajian Melayu pula. Mereka berharap agar Hari Interaksi APMUM akan lagi meriah dan menarik dan mereka bersedia menyemarakkan lagi hari interksi tersebut. Disamping itu mereka bersedia menawan dan akan sentiasa memeriahkan program di APMUM kerana mereka berpegang kepada slogan THIS IS KESENIAN TERITORY walaupun di mana jua mereka berada.

- ALWAYS KESENIAN MELAYU -



-

Saturday, 20 October 2012

PENGENALAN BLOG MAHASISWA_APMUM





PENGENALAN BLOG MAHASISWA_APMUM

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat illahi kerana akhirnya siap juga blog ini walaupun masih terdapat cacat dan celanya dari segi design dan pengisiannya. Penulis adalah bukan pandai sangat dalam berblog ni namun sudah tiba masanya untuk penulis mempunyai blog. Penulis ingin memohon kemaafan andainya isi blog ini mahupun yang berkaitan dengan blog ini membuat anda tidak selesa + menyampah pula.

Tertubuhnya blog ini adalah hasil cetusan idea penulis sendiri ketika sedang berfikir tentang tempat pengajian penulis iaitu di Akademi Pengajian Melayu Universiti Melayu (APMUM) dan dari situ la timbul idea ini. Penulis merasa perlu ada satu medium untuk menyampaikan sesuatu program, aktiviti mahupun isu-isu semasa berkaitan pelajar pelajar APMUM, maka dengan itu tertubuhnya blog MAHASISWA_APMUM.

Disini penulis ingin menceritakan serba sedikit tentang akademi pengajian penulis iaitu tidak lain dan tidak bukan Akademi Pengajian Melayu Universiti Melayu (APMUM). Seperti yang kita sedia maklum bahawa APMUM mempunyai 4 jabatan yang terdiri daripada Jabatan Bahasa Melayu, Jabatan Linguistik Melayu, Jabatan Sosio-Budaya/Kesenian Melayu dan juga Jabatan Kesusasteraan Melayu. Berikut merupakan visi dan misi utama Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.


Visi
Untuk menjadi pusat ilmu Pengajian Melayu yang ternama di peringkat antarabangsa dalam pengajaran, penyelidikan, pendokumentasian dan penerbitan
Misi
Untuk memajukan bidang ilmu Pengajian Melayu dari segi pengajaran dan pembelajaran melalui penyelidikan, pendokumentasian dan penerbitan berkualiti untuk agama, bangsa dan negara

Keterangan lanjut tentang APMUM bolehla ke link ini http://apm.um.edu.my


Tesergam indah di atas bukit berhampiran kolej kediaman 3, 4 dan 7 disitulah dimana telah lahirnya cukup ramai pemimpin yang berkaliber dan seterusnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa APMUM adalah tempat ramai ilmuan dilahirkan.

Berbalik pada blog ini, penulis berharap ianya akan dapat memberi faedah serta berguna kepada mahasiswa APMUM serta dimana jua.penulis juga berharap agar blog ini akan menjadi wardah penyampaian aktiviti, program, isu isu semasa di APMUM. Sekian sahaja pengenalan dari penulis.

Assalamualaikum.....